Kad Himpunan Doa
Nak Istiqamah Berdoa,
Tapi Selalu Tak Tahu Nak Baca Doa Apa?
Dua himpunan kad doa yang saling melengkapi. Doa Asmaul Husna untuk mendekatkan diri kepada Allah, dan doa-doa keluasan rezeki untuk kehidupan yang lebih diberkati. Semuanya dalam satu tempat, mudah dibaca dan mudah diamalkan.
Lihat Pakej & Harga PromosiBermula RM30 sahaja • Akses e-book segera selepas pembelian
Bukan Kita Tak Mahu Berdoa...
Setiap daripada kita mengharapkan hati yang tenang, urusan yang dipermudahkan dan rezeki yang diberkati Allah SWT.
Tapi dalam kesibukan harian, kita selalu terlepas. Tak tahu doa mana yang sesuai untuk situasi kita. Tak hafal. Doa yang dijumpai online pun tak pasti sama ada telah disemak atau tidak. Akhirnya, hari demi hari berlalu tanpa amalan yang konsisten.
Masalahnya bukan pada niat. Masalahnya doa-doa tu bertaburan di merata tempat.
Sebab itulah kami himpunkan dua koleksi kad doa yang saling melengkapi. Disusun ringkas, ada rumi dan makna, sesuai dijadikan amalan harian seisi keluarga.
Kad Doa Asmaul Husna
Berdoalah dengan menyebut nama-nama Allah yang Maha Indah.
Himpunan doa yang disusun berdasarkan 99 Nama Allah (Asmaul Husna), supaya setiap kali berdoa, anda lebih menghayati kebesaran dan sifat-sifat Allah SWT.
Disusun oleh Ustazah Huda Edayu Hamdah, Motivator & Pendakwah Bebas.
Disemak oleh TG Ustaz Dr. Hj. Shamsul Mohd Nor Al Muhammadi, Pengarah Akademi Al Badar & Pusat Kajian Turath Nusantara. Jadi tiada ragu-ragu untuk mengamalkannya.
Antara doa pilihan di dalamnya:
- Doa bagi setiap 99 Asmaul Husna
- Doa memohon ketenangan hati
- Doa ketika menghadapi ujian dan kesukaran
- Doa memohon kesihatan
- Doa memohon rezeki
- Doa kebahagiaan rumah tangga
- Doa untuk pasangan dan anak-anak
- Doa ketika menghadapi konflik dan membuat keputusan
Semuanya disusun secara ringkas dan praktikal, mudah dibaca dan diamalkan setiap hari.
Kad Himpunan Doa Keluasan Rezeki
Doa-doa pilihan untuk memohon rezeki yang halal dan diberkati.
Menghimpunkan doa-doa pilihan berkaitan rezeki, keberkatan hidup dan kemudahan urusan. Sangat sesuai untuk sesiapa yang sedang berusaha mencari rezeki, membina perniagaan, bekerja atau melunaskan hutang.
Antara kandungannya:
- Doa memohon keluasan rezeki
- Doa dipermudahkan segala urusan
- Doa melunaskan hutang
- Doa memohon rezeki yang halal dan mencukupi
- Ayat Seribu Dinar
- Doa Nabi Musa AS
- Doa Nabi Isa AS
- Zikir-zikir harian berkaitan rezeki
Dua Himpunan Doa
Yang Saling Melengkapi
Kad Doa Asmaul Husna
Mendekatkan diri kepada Allah melalui doa-doa yang disusun berasaskan 99 Nama-Nya.
Kad Doa Keluasan Rezeki
Doa-doa pilihan untuk memohon keluasan rezeki, keberkatan hidup dan kemudahan dalam setiap urusan.
Apabila dimiliki bersama, anda mempunyai satu koleksi doa yang lengkap untuk diamalkan setiap hari. Bukan sahaja untuk memohon rezeki, tetapi juga untuk membina hubungan yang lebih dekat dengan Allah SWT.
Apa Kata Mereka Yang Telah Beramal?
"Minyak kereta tinggal 2 bar... sedangkan Petronas paling dekat di pekan Ranau, jauhnya hampir 90km. Saya mula zikir Ya Muqit (Yang Maha Mencukupkan), sambil berdoa minta Allah cukupkan petrol. Alhamdulillah, atas keyakinan 100% dengan kuasa Allah, kami selamat sampai."
Puan Aidah Lamsani, peserta Ustazah Huda Edayu Hamdah
"Saya amalkan ni [doa dalam kad]... berserah bulat-bulat kepada Allah. Alhamdulillah, rezeki tak terduga. Dapat Tokoh Maulidur Rasul."
Puan Harshidah
Pilih Pakej Yang Sesuai Untuk Anda
Semua pakej e-book mendapat akses segera selepas pembelian. Boleh dibaca melalui telefon, tablet atau komputer.
Pakej Digital
E-Book Kad Doa
Asmaul Husna
RM47
RM30
Jimat RM17- E-Book Kad Doa Asmaul Husna
- Akses segera selepas pembelian
- Boleh dibaca di telefon, tablet atau komputer
Pakej Digital Combo
2 E-Book:
Asmaul Husna + Keluasan Rezeki
RM67
RM50
Jimat RM17- E-Book Kad Doa Asmaul Husna
- E-Book Kad Himpunan Doa Keluasan Rezeki
- Dua himpunan doa yang saling melengkapi
- Akses segera selepas pembelian
Pakej Lengkap
2 E-Book +
2 Kad Fizikal
RM147
RM97
Jimat RM50- E-Book Kad Doa Asmaul Husna
- Kad Fizikal Doa Asmaul Husna
- E-Book Kad Doa Keluasan Rezeki
- Kad Fizikal Doa Keluasan Rezeki
- Kad tebal, gloss laminate, mudah dibawa
- Sesuai dijadikan hadiah insan tersayang
Amalan Yang Sedikit Tapi Istiqamah,
Lebih Bernilai
Doa yang diamalkan secara berterusan, walaupun sedikit, lebih dicintai Allah daripada amalan yang banyak tetapi terputus-putus.
Jadikan dua himpunan doa ini teman harian anda. Untuk mendekatkan diri kepada Allah, memohon ketenangan hati, keberkatan hidup dan keluasan rezeki.
Pilih Pakej Anda SekarangHarga promosi hanya selagi masih ditawarkan
Soalan Lazim
Bila saya akan terima e-book selepas bayar?
Serta-merta. Selepas pembayaran berjaya, anda akan menerima akses e-book terus melalui email. Boleh dibuka di telefon, tablet atau komputer.
Untuk pakej lengkap, bila kad fizikal akan dipos?
Kad fizikal akan diproses dan dipos ke alamat anda dalam beberapa hari bekerja selepas pembayaran disahkan. E-book tetap diterima serta-merta, jadi anda boleh mula beramal sementara menunggu kad sampai.
Adakah doa-doa ini telah disemak?
Ya. Himpunan doa ini disusun oleh Ustazah Huda Edayu Hamdah dan telah disemak oleh TG Ustaz Dr. Hj. Shamsul Mohd Nor Al Muhammadi, Pengarah Akademi Al Badar & Pusat Kajian Turath Nusantara.
Saya tak pandai baca jawi atau Arab, boleh amalkan tak?
Boleh. Setiap doa disertakan bacaan rumi dan makna, jadi sesiapa sahaja boleh membaca dan memahami doa yang diamalkan.
Sesuai tak dijadikan hadiah?
Sangat sesuai. Ramai pelanggan hadiahkan kad ini kepada ibu bapa, pasangan, anak-anak dan sahabat. Hadiah yang bermanfaat dan pahalanya berpanjangan, insyaAllah.
Perlukan Bantuan?
Jika ada sebarang soalan sebelum membeli, boleh terus WhatsApp team kami.
WhatsApp Kami