Kenali Diri Dengan Analisis Tulisan Tangan

Apakah yang akan terbongkar mengenai diri kita melalui analisis tandatangan?
Jika kita fahami karakter kita melalui tulisan tangan, kita akan merasai manfaatnya. Kita kenali kekurangan kita dan memaksimakan potensi yang ada.
Cuba bayangkan jika kita dapat fahami diri sendiri dengan pantas dan mudah melalui tandatangan?
Tentunya kehidupan kita lebih harmoni kan?
Ramai yang telah mendapat manfaat dari analisis tulisan tangan.
![]() |
BAGAIMANA SAYA TERJEBAK DENGAN DUNIA GRAFOLOGI?
Bermulanya saya dengan grafologi secara serius adalah ketika mencari solusi kepada masalah anak saya. Saya hairan mengapa walaupun sudah berumur 7 tahun, beliau masih belum boleh membaca. Kalau tengok luarannya, riak mukanya dan percakapannya, nampak seperti budak pandai. Tapi, masih belum boleh membaca seperti rakan-rakan seumurnya walaupun penat saya menghantar beliau ke kelas tambahan membaca.
Bayangkan, umur baru 7 tahun terpaksa pergi kelas tambahan membaca. Kelas tersebut pun bukannya murah. Dikatakan, murid-muridnya boleh membaca sepantas 6 bulan berada di program itu. Tapi, anak saya yang seorang ni masih lagi tak boleh membaca. Saya buntu!
Pada satu hari saya terdetik nak tengok tulisan anak saya ini. MasyaAllah ! Saya terkejut sangat. Rupanya anak saya ini ada karakter ‘lambat tangkap’. Dan setelah diselidik, rupanya beliau ada minor dyslexia.
Jadi, dari situ saya mula belajar lebih mendalam lagi dan suka untuk berkongsi tentang ilmu grafologi ini kepada lebih ramai orang. Sebabnya, kadang-kala kita sebagai ibu-bapa tidak memahami anak-anak. Kebanyakan masa, kita lebih cenderung untuk mendidik anak mengikut acuan kita, walhal anak itu tak suka pun, atau bukan karakternya begitu. Akhirnya, anak itu tidak bahagia dengan ‘acuan’ yang dibentuk oleh ibu-bapanya sendiri.
Oleh sebab itulah saya berkongsi ilmu ini sebagai satu initiatif untuk membantu masyarakat memahami individu di sekeliling mereka. Saya sangat berharap buku ini menjadi panduan untuk anda lebih bahagia.
Wallahualam
Lahawalawala quwwata illa billah
Nak belajar?
Sertai sesi ini secara PERCUMA pada:
Tarikh: 26 Februari 2024 (Rabu)
Masa: 9 pm